Showing posts with label Sentuhan Jejari. Show all posts
Showing posts with label Sentuhan Jejari. Show all posts
08 January 2013
Maha Pengampun
Rasullullah SAW pernah bertanya kepada iblis, "Wahai Iblis, apakah ikhtiarmu atas umatku? Aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah SWT."
Jawab Iblis, "Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya."
Tanya Rasullullah lagi, "Wahai Iblis, apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab Iblis, "Ya Muhammad, sebenarnya aku amat hairandengan sikap umatmu dalam dua perkara, iaitu: Pertama, mereka mengakui menyintai Allah SWT, tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar. Kedua, mereka sangat benci akan tabiatku, tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."
Firman Allah SWT kepada Iblis, "Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaan-Ku, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua kegembiraan, iaitu: Kecintaan mereka terhadap-Ku akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana perbuatanmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan."
Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan demikian dari Allah SWT. Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
11 October 2009
APO?

SALAM... lama tak update ya! Alasan biasa-biasanya - BZ! Alasan biasa - malas! Walaupun ada perkara yang hendak ditulis, tetapi tak tertuliskan di sini. Walau ada perkara yang hendak dikongsi, tetapi kadang-kadang berasa ia tak perlulah dikongsikan di sini. Biarlah... yang penting hidup dan kehidupan masih berjalan seperti biasa atau mungkin berselang-selikan hal-hal luarbiasa.
Sekadar nak berkongsi apa yang dirasakan patut. Ini cover Majalah APO? 259, yakni keluaran terkini yang dijangkakan akan mula berada di pasaran pada 12 OKTOBER 2009. Menyebut tentang Majalah APO?, sebenarnya saya bagai sirih pulang ke gagang (betul ke?). Kalau dulu, pada keluaran sulung Majalah APO? (Disember '99) saya berasa lega kerana melihat APO? edisi perdananya siap dicetak. Ketika itu, kami (Petai, Rambai dan saya) ditempatkan di sebuah bilik di dalam stor di ground floor pejabat MOY di USJ 9. Suasana opis yang sangat menyeramkan apabila melepasi waktu Mahgrib - eheheheh! Saya tak tahu orang lain macam mana, tapi saya pernah stay sampai malam dan mendengar bola ping pong melantun-lantun di atas lantai di bilik bersebelahan stor tersebut. Memang kebetulan budak-budak MOY selalu main ping pong di bilik tersebut pada waktu petang. Tapi apa kejadah-giler-hapanya ada orang main ping pong jam 11 malam di dalam gelap? Tak apa... lu pikir la sendirik!
Itu kisah sampingan saya pada awal-awal peerbitan Majalah APO?. Kemudian setelah mencecah hampir keluaran ke-30 saya meninggalkan APO? untuk menguruskan penerbitan Majalah ERA@MOY. Saya buat team baru atas arahan Pengurus Besar dan hanya RIO yang ketika itu jadi graphic designer APO? saya bawa ke ERA@MOY. Majalah ni pelik sikit sebab hanya dilancarkan pada keluaran ke-9, dan kemudian dihentikan penerbitannya pada keluaran ke-15. Mungkin situasi pasaran dan tidak mampu mencapai target yang diharapkan oleh big boss.
Selepas pengumuman penutupan ERA@MOY, saya menghadap Pengurus Besar sekali lagi untuk projek baru - BLUES SELAMANYA! Dalam senarai yang diberikan saya ada kartunis Gayour, Niezam, Keladi, Ubi, Bawang, Skar, Topan, Bayok, Norman... yang kemudiannya ada Jakalll. Bak kata orang lautan mana yang tak bergelora, kan? Saya terpaksa menghadapi 'kehilangan' staff. Pada awalnya, saya terpaksa 'berhentikan' colourist WENG atas sebab-sebab yang memang dah tak boleh dielakkan. Kemudian digantikan oleh Amir. Rio pun kemudiannya beralih arah sebab nak mencuba haluan sendiri. Norman, Bayok dan Topan pun angkat kaki dengan alasan masing-masing. Kemudian datang pulak ribut sapu staff yang lain - Gayour, Niezam dan Keladi yang ketika itu freelancer berpindah ke Majalah G3.
Sebenarnya dunia pererbitan di Malaya ni tak besar mana pun. Kita sebenarnya mempunyai ramai bakat baru terpendam. Dengan pemergian yang senior untuk mencari sesuatu yang 'lebih bagus' adalah merupakan rezeki dan membuka ruang untuk pelukis baru masuk. Saya memanggil She, kemudian Pac untuk berkarya di BS. She kemudian mahu mencari sesuatu yang mungkin lebih menjamin masa depannya, dia mencari tapak baru dan sekarang di NSTP.
Hakikat dan kenyataan memang tak mampu kita sanggah. Saya terpaksa akur apabila sekali lagi orang atasan memanggil dengan arahan penutupan Blues Salamanya! Kenangannya cukup banyak di sini. Kerana saya memang tak mampu menentang takdir, penutupan itu diterima dengan keterpaksaan atau apa rasa sekalipun. Bermulalah kehidupan saya ibarat duduk dalam perahu kecil di tengah lautan yang bergelora - eheheh. Mungkin Tuhan mahu 'menunjukkan' sesuatu kepada saya. Saya pun memang sedar bahawa tak ada sesuatu yang kekal di dunia ini melainkan DIA. Namun sebagai menusia memang akan ada waktu gagal mengawal emosi. Kerana emosi itu anugerah, maka saya layankan sajalah apa adanya. Lebih kurang dua tahun 'gelandangan' dengan job-job yang tak menentu. Terima kasih kepada orang-orang yang ada di dekat saya, yang cuba bagi moral support, kepada kawan-kawan yang tinggal tak berapa ramai yang sudi tolong. Jasamu kukenang jua.
Kini, saya kembali menghadap Majalah APO?... dulu memang saya pernah 'menangis' menghadap dateline dan sekarang pun saya menitik air mata nak menyiapkan layout APO?! Menghadap skrin komputer sepanjang malam memang boleh buat air mata mengalir sebab mata dah letih! Ehehehehe...
Okey, layan eh APO? terkini! Nanti saya tulis lagi apa yang patut. Wassalam....
09 August 2009
Promo : APO?TV
Jom tonton sementara menanti waktu berbuka. Mudah-mudahan tak terasa perut nan lapar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
