07 February 2010

267


SALAM seluruh benua!
Alhamdulillah... 267 sudah pun diselesaikan. Dan, seperti keluaran-keluaran terdahulu, banyak saja 'kesengalan' yang datang secara sengaja atau tidak, yang tiba-tiba boleh mengubah suatu perjalanan lancar kepada lebih berliku. Dalam dunia ini, walau bagaimana sekalipun rupa bentuk jalan yang ada di hadapan, kita harus tempuhi untuk sampai ke destinasi dituji. Atau, kalau tidak mahu dan sanggup melaluinya, pilihan yang ada adalah berpatah balik! Namun itu adalah merupakan langkah putus asa yang sudah tentu-tentu tak pernah digalakkan oleh sesiapa pun.

Sebenarnya dalam melalui perjalanan hidup dan kehidupan ini, hendak tidak hendak kita akan melalui hal-hal yang serupa, menemui perkara-perkara yang sama. Berulang-ulang, berturut-turut. Dan, persoalan yang timbul - jemu dan bosankah kita?

Kalau ditanyakan kepada ramai orang, maka banyak dan pelbagailah jawapan yang akan kita dapati. Mungkin dalam kepelbagaian itu sebenarnya kita cuba lari dari menghadapi kebosanan rutin yang sama. Apapun cuba kita tanyakan kepada diri sendiri - kita manak berulang-ulang setiap hari, bosan? Kita melakukan amalan yang wajib setiap masa - bosan?

Rasa itu adalah rasa yang ada pada setiap manusia, tetapi mudah-mudahan kita tidak berasa bosan berpanjangan.


APO? 268 sedang dalam proses - cuma ada masa sekitar empat hari untuk siapkan grafik kulit ke kulit. Kadang-kadang dengan cuma dua tangan yang ada saya jadi tepu seketika. Mahu dicapai yang mana dahulu? Ada empat section hitam putih dan tiga warna. Insya-Allah beberapa keluaran sahaja lagi khabarnya akan ada pertambahan satu section warna lagi untuk APO? dengan kertas simili. Tambah lagi kerja! Dan sudah tentunya HARGA APO? AKAN BERTAMBAH!

Mesti ada yang kurang selesa nak tambah RM1.00, kan? Apapun, rasanya tak ada majalah yang nak naikkan harga sebab saja suka-suka. Mudahnya, pertambahan kos production terutama printing memang tak dapat kita elakkan lagi. Mudah-mudahan juga APO/ boleh maintain dan semakin up-grade dari segala segi terutama kandungan. Malah, dengan perkembangan IT skang ni, mudah-mudahan APO?Troopers akan lebih mudah didekati. Peminat, pembaca, pembeli labih mudah berinteraksi dengan adanya Facebook, blog dan forum (insya-Allah akan dilancarkan walaupun sekarang ni ramai orang lebih tertumpu pada Facebook).

Apapun, teruskan bersama APO? dan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan. Terlebih terkurang minta dihalal dan diampunkan. Aminn...


Blog Widget by LinkWithin