07 February 2010

267


SALAM seluruh benua!
Alhamdulillah... 267 sudah pun diselesaikan. Dan, seperti keluaran-keluaran terdahulu, banyak saja 'kesengalan' yang datang secara sengaja atau tidak, yang tiba-tiba boleh mengubah suatu perjalanan lancar kepada lebih berliku. Dalam dunia ini, walau bagaimana sekalipun rupa bentuk jalan yang ada di hadapan, kita harus tempuhi untuk sampai ke destinasi dituji. Atau, kalau tidak mahu dan sanggup melaluinya, pilihan yang ada adalah berpatah balik! Namun itu adalah merupakan langkah putus asa yang sudah tentu-tentu tak pernah digalakkan oleh sesiapa pun.

Sebenarnya dalam melalui perjalanan hidup dan kehidupan ini, hendak tidak hendak kita akan melalui hal-hal yang serupa, menemui perkara-perkara yang sama. Berulang-ulang, berturut-turut. Dan, persoalan yang timbul - jemu dan bosankah kita?

Kalau ditanyakan kepada ramai orang, maka banyak dan pelbagailah jawapan yang akan kita dapati. Mungkin dalam kepelbagaian itu sebenarnya kita cuba lari dari menghadapi kebosanan rutin yang sama. Apapun cuba kita tanyakan kepada diri sendiri - kita manak berulang-ulang setiap hari, bosan? Kita melakukan amalan yang wajib setiap masa - bosan?

Rasa itu adalah rasa yang ada pada setiap manusia, tetapi mudah-mudahan kita tidak berasa bosan berpanjangan.


APO? 268 sedang dalam proses - cuma ada masa sekitar empat hari untuk siapkan grafik kulit ke kulit. Kadang-kadang dengan cuma dua tangan yang ada saya jadi tepu seketika. Mahu dicapai yang mana dahulu? Ada empat section hitam putih dan tiga warna. Insya-Allah beberapa keluaran sahaja lagi khabarnya akan ada pertambahan satu section warna lagi untuk APO? dengan kertas simili. Tambah lagi kerja! Dan sudah tentunya HARGA APO? AKAN BERTAMBAH!

Mesti ada yang kurang selesa nak tambah RM1.00, kan? Apapun, rasanya tak ada majalah yang nak naikkan harga sebab saja suka-suka. Mudahnya, pertambahan kos production terutama printing memang tak dapat kita elakkan lagi. Mudah-mudahan juga APO/ boleh maintain dan semakin up-grade dari segala segi terutama kandungan. Malah, dengan perkembangan IT skang ni, mudah-mudahan APO?Troopers akan lebih mudah didekati. Peminat, pembaca, pembeli labih mudah berinteraksi dengan adanya Facebook, blog dan forum (insya-Allah akan dilancarkan walaupun sekarang ni ramai orang lebih tertumpu pada Facebook).

Apapun, teruskan bersama APO? dan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan. Terlebih terkurang minta dihalal dan diampunkan. Aminn...


22 January 2010

Kitalah Yang Harus Berubah


Kadang-kadang kita ingin segala sesuatu berjalan dengan baik. Kita berharap orang lain, persekitaran dan apa yang berlaku sama dengan apa yang kita inginkan. Kita mengharapkan perubahan terjadi pada dunia luar selain diri sendiri. Sedangkan hal itu tidak akan pernah berlaku - ibarat sebuah impian kosong.

“Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal daging, apabila baik daging itu maka baik pula seluruh tubuh dan bila rusak maka rusak pula seluruh tubuh, ketahuilah segumpal daging itu adalah qalbu.”(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Segala sesuatu akan baik bukan dengan mengubah dunia luar kita, tetapi adalah dengan mengubah hati kita terlebih dahulu. Sukses, gagal, atau keadaan apapun yang ada di sekitar kita adalah cermin hati kita. Jika kita ingin mengubah apa yang ada di luar diri kita, pertama-tama kita harus mengubah apa yang ada di dalam diri kita.


Mulailah mengubah hati kita, menjadi hati yang hanya berharap kepada Allah. Niatkan apa yang kita inginkan dan panjatkan doa dari hati yang paling dalam. Seperti disebutkan dalam pelbagai hadis, kita akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan dan doa kita akan dikabulkan jika kita yakin dengan doa kita. Keyakinan ini berada di dalam hati.

“Setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya“. (HR Bukhari Muslim)


Apabila kamu berdoa janganlah berkata, “Ya Allah, ampunilah aku kalau Engkau menghendaki, rahmatilah aku kalau Engkau menghendaki dan berilah aku rezeki kalau Engkau menghendaki.” Hendaklah kamu bermohon dengan kesungguhan hati sebab Allah berbuat segala apa yang dikehendakiNya dan tidak ada paksaan terhadap-Nya. (HR. Bukhari dan Muslim)

Jadikan hati kita menjadi hati yang penuh dengan syukur. Secara logik, bagaimana kita boleh mendapatkan hal yang baru jika kita tidak boleh menerima hal yang lama. Nikmati apa yang sudah kita miliki, nescaya nikmat-nikmat lain akan mengikuti.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.(QS. Ibrahim:7)


Jika kita berharap orang lain, persekitaran dan peristiwa berubah sesuai dengan keinginan kita, kita akan lelah tanpa hasil. Ciri orang yang seperti ini adalah orang yang biasa atau selalu mengatakan “Seandainya…”. Sebagai contoh, “Seandainya peluang itu datang ke hadapanku”.

Lupakan kata-kata seandainya. Mulailah untuk menata hati, mulailah mengubah hati maka semua yang ada di luar diri kita akan berubah. Jangan menghabiskan waktu untuk berharap orang lain memberi kesempatan. Carilah kesempatan sendiri. Jangan berharap orang lain selalu mengerti diri kita, mulailah kita untuk mengerti orang lain.

- sumber : motivasi-islami -

21 January 2010

Kita Akan Memulakan Dari Kosong


Salam sejahtera ke atas sekalian yang ada. Moga sentiasa diberkati dan di bawah lindungan-Nya. Moga kalian beroleh segala kebaikan dunia akhirat. Alhamdulillah... Majalah Lawak Antara Benua keluaran 266 selesai sudah setelah memulun dengan penuh kesengalan jiwa raga. Nama pun Antara Benua, kan? So, memang sebenua jugak lah dugaannya. Tak apalah, itu tugas yang dipikul bukan beban yang menyusahkan. Mudah-mudahan peminat, pengikut dan pembaca APO? semakin dekat di hati. Lagi bagus kalau melekat!

Apa nak cerita? Apa yang menarik? Hum, Jumaat lepas saya solat di Masjid Terapung Puchong Perdana. Park motor di tempat biasa yang disediakan. Selesai solat, tengok-tengok side mirror kiri hilang! Dah la hilang, setan yang amik tu main kopak sampai terkopak sebahagian handle motor. Orang lain solat Jumaat ada setan yang jahanamkan, malah mencuri motor! Hal yang hampir serupa berlaku juga dua tahun lepas. Cuma ketika itu malam ketika solat terawih. Yang ni pun lagi jahanam punya perangai.

Apapun, terima kasih kepada Tuan Nazir yang melayani SMS saya, apabila saya menadu akan hal tersebut. Memang nampak pengurusan masjid yang ada sekarang lebih prihatin, aktif dan lebih banyak aktiviti. Mudah-mudahan berkekalan dan lebih meriah lagi.

Beberapa minggu lalu, terserempak dengan bekas Ketua Pengarang tempat kerja lama saya. Terakhir terserempak dengannya sekitar empat lima tahun lalu. Ketika itu tak sempat sembang apa, berselisih dan sekadar tanya khabar. Sempat sembang sejam dua jugak sambil pekena tah tarik. Apa yang dia rasa, hampir sama dengan apa yang ada dalam benak saya. Dia buat kenyataan - 'kita ni salah pilih bidang'. Ya, mungkin ada kebenaran di situ - tapi ini bukan satu penyesalah, cuma hakikat bidang ini tak mungkin tak menjanjikan 'keindahan' yang berkekalan. Harus ada 'jalan' lain untuk menyeimbangi kehidupan.

Seperti saya, dia juga semacam memulakan kembali kehidupan daripada kosong! Apa yang saya lihat dan alami umpamanya seperti ini - ibarat kita bermain permainan video atau yang seumpamanya. Kita akan melalui tahap demi tahap sehinggalah tahap yang akhir, di mana tak ada lagi tahap seterusnya. Dan... jika kita ingin bermain lagi kita harus memulakannya dari awal... dari kosong!

Kami sembang juga tentang 'nilai' dan 'harga' dalam bidang ini. Baik kartun, komik, ilustrasi dan artikel - berapakah perbezaan sekaligus peningkatan harga sekarang sejak 20 tahun lalu? Kalau dulu RM50 mungkin sekarang RM100. Perbezaan RM50 dalam temboh dua dekad? Kejam tak? Dan mari kita renungkan 'nilai' RM50 tahun 1990 dengan RM50 sekarang ini. Jadi saya sendiri tak boleh melakukan apa-apa sebab inilah hakikat sebenar bidang ini. Angka kelihatan meningkat, tetapi nilainya semakin susut! Salah siapa sehingga jika kita masih berada di dalam bidang ini ibarat telur di hujung tanduk? Saya tak menyalahkan takdir kerana terpaksa memulakan sesuatu dari kosong semula. Apa yang saya fikirkan mudah-mudahan saya kuat untuk buat kerja yang saya pernah lakukan sekitar 20 tahun lalu.

Apapun, syukur saja dengan apa adanya. Dan, hidup mesti terus!

Menanti dan mengharap sesuatu itu lumrah. Setiap di antara kita, akan ada masa dan ketika melalui saat-saat seperti itu. Tidak kira apa pun yang kita nanti dan harapkan. Kadang-kadang dalam keadaan terdesak, tersepit, tertekan harapan kita lebih sakit andai yang dinanti tak muncul-muncul! Sebab itu agaknya, penantian suatu penyiksaan... namun, setiap di antara kita tetap mahu juga menanti, walaupin ia tak pasti hadirnya. Tak apa, itu semangat namanya!


09 January 2010

Aku Adalah Aku, Begitu Juga Engkau Dan Dia...



Bagaimana menjadi diri sendiri? Kita adalah kita dengan segala keunikan dan potensi yang kita miliki. Menjadi diri sendiri adalah kita tetap dalam keunikan kita, tanpa harus mengikuti sesiapa pun. Para sahabat Rasulullah s.a.w pun tetap pada keunikan masing-masing. Abu Bakar a.s, Umar Bin Khathab a.s, Ustman bin Afan a.s, dan Ali a.s pun memiliki keunikan masing-masing tanpa mengurangi kemuliaannya.

Kemudian setiap manusia memiliki potensi. Potensi yang boleh digunakan untuk meraih sukses sesuai dengan keunikannya masing-masing. Untuk menjadi diri sendiri, kita harus mengoptimumkan semua potensi diri kita, tanpa harus merubah keunikan kita atau mengikuti orang lain. Saat keunggulan unik kita belum dimunculkan secara optimum, maka kita belumlah menjadi diri sendiri. Mungkin baru setengahnya, atau bahkan seperempatnya, atau baru 10 peratus? Bahkan kurang?

Mana mungkin menjadi diri sendiri yang seutuhnya jika kita belum mengoptimumkan potensi diri kita seutuhnya? Kita tidak pernah tahu tahap mana potensi diri kita. Namun sejauh mana pun kita sudah mengoptimumkan potensi diri saat ini, kita masih boleh terus meningkatkannya. Kita masih boleh lebih baik dari saat ini, sesukses apa pun kita saat ini. Tidak ada yang namanya pencapaian puncak dunia ini. Yang ada hanya nanti di akhirat saat bertemu Allah SWT.

Jadi selama di dunia, kita masih boleh memperbaiki diri kita. Kita jadikan hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan menjadikan hari esok menjadi lebih baik dari hari ini:

“Barang siapa yang hari ini sama saja dengan kemarin, merugilah dia. Jika hari ini lebih buruk dari kemarin, dia celaka.Dan beruntunglah bila hari ini lebih baik dari kelmarin.” (HR Bukhari)

07 January 2010

2010 : Lawak Antara Benua



SALAM... 2010 ni saya berasa ingin menjadi seorang yang rajin update blog ini. Kasihan sungguh dengan blog ini yang tak berapa terjaga - hidup segan mati pun tak mahu. Mudah-mudahan saya sentiasa ada masa untuk melayani jari-jemari menari di atas papan kekunci.

Nampak gayanya, 2010 ini saya harus meneruskan 'kepenatan' yang sedia ada - melayani date(dead!)line keluaran demi keluaran APO?. Menghadap rutin yang serupa, situasi yang sama dan setiap detik sebenarnya amat berharga. Tetapi sampai bilalah agaknya saya harus stress, migrain, tertekan dan berasa seolah ketidakcukupan masa? Masa yang bergerak terlalu pantaskah atau sayakah yang bergerak semakin perlahan?

Apa yang saya perlu lakukan sekarang adalah pengurusan masa yang lebih baik, penyusunan kerja dan aktiviti dengan lebih kemas. Namun sebenarnya kehidupan kita adalah berkait dengan kehidupan orang lain. Memang benarlah kita bukan dan tak boleh hidup sendiri di muka bumi ini. Dan, ada satu hakikat yang cukup saya fahami - walau secantik mana sekalipun saya mengatur masa dan menyusun segala yang ingin saya lakukan, namun akan tetap bertaburan juga sekiranya orang di sekeliling tidak menghormati 'masa' yang mereka ada, apatah lagi 'masa' orang lain.

Saya teringat kata-kata seseorang suatu masa dahulu, katanya, 'undang-undang dicipta untuk diingkari!' Mungkin ketika itu saya tak pernah mendalami akan maksud tersirat sehingga saya berasa ungkapan itu merupakan satu kenyataan. Bagaimana? Ya, sebenarnya setiap orang pernah melanggar apa yang dianggap sebagai undang-undang, atau janji atau yang seumpamanya sehingga apabila sudah terlalu biasa begitu, kita tak pernah menganggapnya sebagai satu kesalahan. Atau kalau rasa bersalah sekalipun, cukuplah dengan meminta maaf dan kemudian melakukan hal itu lagi, dan lagi... dan lagi!

Tak ada sesiapa yang sempurna, tetapi setiap orang harus berusaha untuk mencapai kesempurnaan semaksimum yang boleh. Atau, sekurang-kurang berusaha untuk menyempurnakan kesempurnaan yang orang lain inginkan, yang mungkin suatu masa nanti kita pula yang memerlukan orang lain untuk menyempurnakan kesempurnaan kita.

Tepuk dada tanyalah hati!
Blog Widget by LinkWithin